Tuesday 25 November 2014

Pertolongan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Dimaklumkan keluarga pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tun Ghaffar Baba, saudari Noor Aisyah Shahira Binti Alfian, tingkatan 4 memerlukan bantuan kerana keluarganya terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa dalam perjalanan menjemputnya di asrama pada 14 November 2014.
Seramai lima orang ahli keluarga beliau terlibat dalam kemalangan tersebut.
1. Ayah beliau telah pun meninggal dunia pada hari berikutnya.
2. Ibu beliau retak di leher dan telah dibenarkan keluar hospital dengan berkerusi roda.
3. Adik perempuan beliau (11 tahun) mengalami bengkak dan pendarahan di otak, masih koma selepas pembedahan di HKL. 
​(HKL Neurologi, Tingkat 2, Wad 6B)
.
4. Adik lelaki (Azril Shairie Bin Alfian) beliau mengalami keretakan pinggul dan dikhabarkan bakal lumpuh seumur hidup.(Hospital Seremban, Wad 5A, Katil 5).
5. Adik bongsu beliau berusia 5 tahun hanya cedera ringan dan mendapat rawatan pesakit luar.
Mereka adalah dari keluarga susah dimana ibu bapanya adalah peniaga satay kecil-kecilan.
Oleh yang demikian, keprihatinan warga MARA adalah dimohon agar dapat memberi sumbangan kepada anak MRSM ini bagi meringankan beban yang ditanggungnya. Warga MARA adalah digalakkan untuk mengadakan pungutan derma di bahagian/pusat masing-masing dan dan segala kutipan boleh dimasukkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN), Noor Aishah Shahira iaitu 1099 5410 0013 1439. 

Semoga sumbangan ikhlas tuan/puan dapat membantu meringankan kesulitan beliau.

Budi baik semua didahului dengan ucapan terima kasih. Allah sentiasa memberi ganjaran kepada hambaNya yang membuat kebajikan dengan ikhlas. Insyaallah.

Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment